Beauty Queen ![]() ![]() ![]() Credits Template by : Atirah Hayati edit by : miminadam ![]()
| Aku mintak maaf
Assalamualaikum semua. Dah lama x post entri yg rasional dalam blog ni. Tulis ikut sedap jari ja apa nak tulis. Aku mintak maaf. Hari tu, aku ada baca satu artikel pasal banduan Islam dekat Syria. Diorang tulis surat utk kita. Wahh! Specialnya kita semua dapat surat. Kan kan kan? Seumur hidup aku, aku x pernah dapat surat selain surat tawaran belajar ja dulu dulu. Sedih. Sangat-sangat. Aku tau aku pun tak sebaik mana. Bukan yg terbaik kalau ya pun. Banyak kekurangan dalam diri aku. Semua org nampak benda tu. Orng mesti cakap, Kita pun x tera mana, nak sibuk hal depa. Kan? Hebat org Barat berjaya tanamkan mentaliti sebegitu dalam jiwa kita. Buat saudaraku di Syria, Palestin, Afganistan, Iraq dan semuanya di sana, namaku dayana. Cukup sekadar itu. aku terima surat kamu. aku mintak maaf. kerana aku x mampu nak bantu. aku tidak punya kuasa apa2 utk bertindak. aku mintak maaf. aku tiada wang utk pergi ke sana seperti yg kamu mahu. aku mintak maaf. andai ramadan ini yg terakhir buat ku, aku mahu kamu tahu aku terlalu rasa bersalah kerana aku tak mampu nak bantu. tapi kamu perlu tahu, bantuan ku hanya lah doa buat mu. aku mintak maaf. mungkin itu tidak setanding penderitaan kamu. tapi hanya itu kemampuanku. aku mintak maaf. bagi pihak pemimpinku. kerana kurang prihatin tentang agama kita. aku mintak maaf. bagi pihak rakan taulanku, kerana kami terlalu alpa, lupa akan kamu disana. aku mintak maaf. bagi pihak negaraku, kerana kami terlalu mengejar pembangunan duniawi. aku mintak maaf. Ya Allah, Di bulan yg mulia ini, aku memohon agar Engkau permudahkanlah urusan mereka Ya Allah. Berilah pertolongan yg sewajarnya kepada mereka. Ampuni kami Ya Allah kerana kami tak mampu tanpa pertolongan darimu. Amin, ✿ 0 message from u |